FUNGSI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

  1. Mengurus semua peperiksaan anjuran Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta membuat analisa dan penilaian terhadap semua keputusan peperiksaan di peringkat daerah.

  2. Menyelia dan membimbing sekolah dari segi perlaksaan kurikulum di peringkat daerah.

  3. Menyelia program pendedahan dan peningkatan pelaksanaan kurikulum di peringkat daerah.

  4. Menyelia dan menyelaras kokurikulum akademik sekolah-sekolah di daerah Kulai.

  5. Menyelia dan mengawas pelaksanaan KBSM dan KBSR serta Pra Sekolah dan Sekolah Agama Swasta di daerah Kulai.

  6. Memberi khidmat nasihat dalam pelaksanaan KBSM bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Kulai.

  7. Menyelia peperiksaan kurikulum Teknik dan Vokasional di sekolah-sekolah swasta di daerah Kulai.

  8. Menyelia dan membimbing pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam.

  9. Menjalankan program pendedahan dan peningkatan pelaksanaan kurikulum Pendidikan di semua peringkat sekolah.

  10. Mengurus penilaian dan pencalonan ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor, permohonan pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Negeri Johor.

  11. Menyelaras aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Kulai.

  12. Merancang dan mengelola kursus, seminar dan bengkel Peningkatan Kurikulum bagi Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru di daerah Kulai.

  13. Memastikan moto ‘guru mengajar – pelajar belajar’ menjadi keutamaan sekolah.