PROGRAM TOP

PROGRAM BERFOKUS

 'T O P’

 (TO BE THE TOP)

| PENGENALAN | ANALISIS KEPUTUSAN | KERTAS KERJA |

| JAWATANKUASA INDUK |

 

 


 

 

 

PENGENALAN

Program TOP adalah suatu program berfokus Sektor Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai bagi tahun 2000 – 2002 bermatlamat ke arah kecemerlangan Akademik mata pelajaran utama UPSR,PMR, SPM dan membantu subjek-subjek utama ialah UPSR (BM,Sains, BI,Matematik) PMR (Matematik, Sains, BI, Sejarah)

Hasil penelitian dari analisis keputusan UPSR (1995-1998), PMR (1995 – 1998) dan SPM (1995 – 1998) pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kulai mendapati peratus kelulusan mata pelajaran utama peperiksaan bagi daerah Kulai masih tidak banyak kemajuan iaitu UPSR,PMR dan SPM di bawah purata peratus Negeri Johor.

Oleh itu Sektor Pengurusan Akademik telah bergabung usaha dengan semua panitia subjek Peperiksaan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk membentuk program berfokus dan ini membentuk jawatankuasa penggerak di peringkat panitia daerah untuk menggubal soalan latihan setara subjek-subjek utama peperiksaan UPSR dan PMR.

Tujuan utama program ini ialah untuk membantu sekolah mengikuti perkembangan pencapaian pelajar sepanjang tahun di samping dapat memberi petunjuk kepada sekolah dan guru untuk mengambil tindakan pembetulan seawal mungkin.

Ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

ANALISIS KEPUTUSAN

  1.  Analisa Keputusan Keseluruhan UPSR (1996-2000)

1.1.       Sekolah Kebangsaan

                         1.2.       Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

                         1.3.       Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil  

1.4.       Peratus UPSR Keseluruhan Daerah Kulai (SK+SJKC+SJKT)

 

2.         Analisa Keputusan Keseluruhan PMR 1997-2000

(Lulus semua mata pelajaran)  

 

3.         Analisa Keputusan SPM 1996-1999 (Pangkat 1+2+3)

 

Ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

KERTAS KERJA

  1. Tajuk Program:   ‘To Be The Top’ (TOP)

  2. Matlamat:

  1. Rasional:

  1. Perancangan ujian setara berkala subjek-subjek utama di peringkat Sekolah Rendah Tahun(4,5,6) dan Menengah Tingkatan (1,2,3) dipercayai dapat tingkatkan prestasi matapelajaran-matapelajaran utama murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti.

  2. Setiap orang murid mempunyai potensi serta kemampuan untuk menguasai matapelajaran utama.  Kita perlu membantu mereka menilai pencapaian diri seawal mungkin.

  3. Murid-murid kurang mendapat peluang bimbingan maksima dalam mengesan kelemahan diri untuk mencapai kecemerlangan.  Oleh itu usaha-usaha perlu segera dimulakan ke arah membantu pelajar mengesan kelamahan diri.

  4. Para guru perlu dibudayakan dengan mengamalkan penilaian sepanjang masa kepada murid-muridnya.

  5. Panitia Subjek Daerah dapat mengikuti perkembangan pencapaian subjek di semua sekolah dari awal di samping dapat mengujudkan kerjasama antara ahli-ahli panitia.

  1. Objektif:

  1. Meningkatkan komitmen pegawai-pegawai PPD dalam membantu panitia daerah dan sekolah meningkatkan pencapaian akademik sekolah melalui siri ujian setara.

  2. Pegawai Pendidikan Daerah Kulai,  Pengerusi Panitia dapat ,merangka , merancang dan mengimbangi usaha-usaha secara bersama dengan satu tujuan untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan-peperiksaan awam 2000-2002.

  3. Sekolah sebagai institusi pelaksanaan program dapat mempastikan agenda program TOP berjalan dengan baik dan licin di peringkat kelas agar menunjukan kemajuan.

  4. Memastikan minima 7 set ujian setara bulanan dijalankan untuk Sekolah Rendah (tahun 4,5 dan 6) Sekolah Menengah (Tingkatan 1,2 dan 3) bagi tahun 2000 dengan unjuran pencapaian Daerah:

    PMR      -           Lulus semua mata pelajaran

    UPSR     -           Lulus semua mata pelajaran

    Peperiksaan

    1999

    2000

    2001

    2002

    UPSR

    60%

    65%

    75%

    85%

    PMR

    60%

    60%

    70%

    80%

  1. Sasaran

  1. Semua sekolah Rendah dan Menengah

  2. Melibatkan murid-murid Tahun 4,5 dan 6/tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5

  3. Guru-guru panitia:

  1. Jawatankuasa Panitia Subjek Daerah

  2. Guru Cemerlang

  1. Bentuk Pelaksanaan

  1. Waktu Peperiksaan dijalankan serentak mengikut jadual yang ditetapkan.

  2. Ibu bapa @ penjaga perlu dikenakan bayaran minima bagi setiap set soalan

  3. Ujian setara dijalankan 3 @ 4 kali antara (Februari – Oktober 2001)

  4. Setiap jawapan akan disemak oleh guru mata pelajaran dan markah dikumpul oleh Sektor Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai untuk dibuat ‘ranking’ daerah.

  5. SPA PPD Kulai akan membuat ulasan dan meminta tindakan pembetulan oleh tiap panitia subjek sekolah (jika perlu)

  6. Rujuk Carta aliran

  1. Carta Aliran Pelaksanaan:

Tugasan Tindakan Tarikh/Tempoh
Pembentukan Soalan  oleh Jaatankuasa Panitia Daerah

Pengerusi Panitia Daerah

Minggu Kedua Januari
Menggubal Soalan dan Skima

Pengerusi Panel Soalan

Isnin minggu pertama

(Februari-September)

Simpan Soalan dan skima dalam disket -‘copy’ ke dalam disket sekolah dan edar melalui PPD Kulai

Pengerusi panel soalan dan SPA PPD Kulai

Sabtu Minggu ke 2

(Feb- Sept)

Sekolah mencetak soalan dan perbanyakan ikut bilangan pelajar

Pengetua/Guru Besar

Sabtu Minggu ke 2

(Februari –September)

Peperiksaan bulanan setara Pertama, ke 3 @ 4

SPA PPD Kulai dan    Guru M/Pelajaran

Sabtu minggu ke 3

(Februari – September)

Penyemakan kertas jawapan pemarkahan ikut skima dan hantar ke PPD Kulai

Pengetua/Guru Besar

 
SPA PPD Kulai /kumpul markah dan buat turutan menaik (ranking)

SPA PPD Kulai

Jumaat minggu pertama

(Mac hingga Oktober)

Maklumkan kepada sekolah untuk tindakan pembetulan

SPA PPD Kulai/Pengeteua/Guru Besar

Isnin minggu ke 2

(Mac hingga Oktober)

Fail sekolah dan tindakikut PPD

(Jadual penuh)

SPA PPD Kulai/Pengeteua/Guru Besar

 
  1. Sumber Tenaga:

  1. Panel soalan dan skima – semua ketua panitia  subjek utama UPSR (BM, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) PMR (BM,Sains, Matematik dan Sejarah) SPM (BM, Sains, Matematik Matematik Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi dan Sejarah)

  2. Penyemakan kertas jawapan – guru mata pelajaran sekolah

  3. Penyeliaan semua jawatankuasa panitia subjek daerah

  4. Penyeliaan Pegawai-pegawai PPD Kulai.

  1. Jangkamasa:

  1. Jangkamasa program ialah 3 tahun (2000,2001 dan 2002)

  2. Jangkamasa ujian –  30 minit.

  3. Jangkamasa pelaksanaan 3-4 set ujian setara (Mac, Mei dan Ogos)

  1. Jadual Waktu Ujian (rujuk takwim):

  1. Hari ditetapkan mengikut takwim (tertakluk kepada pindaan)

  2. Waktu ujian boleh dianjalkan.

  1. Kos

  1. Bayaran Yuran Peperiksaan Dalaman

  2. PIBG

  1. Strategi:

  1. Mesyuarat pembentukan jawatankuasa program Sekolah Rendah dan Menengah

  2. Mesyuarat jawatankausa panitia subjek daerah (bagi kesemua 7 set soalan)

  1. Guru-guru membawa item-item yang dicadangkan.

  2. Agihan tugas menyediakan draf item ujian setara bulanan.

  3. Mesyuarat dan bengkel penyelarasan, pengumpulan dan pemilihan soalan ujian setara dan pembetulan item.

  4. Serah draf final untuk penyemakan oleh Pengerusi Panitia

  5. Salin ke dalam disket sekolah-sekolah mengikut disket subjek oleh Sektor Pengurusan Akademik PPD Kulai.

  6. Pengedaran disket ke sekolah-sekolah untuk simpanan Pengetua/Guru Besar oleh Sektor Pengurusan Akademik PPD Kulai.

  7. Percetakan soalan oleh Sekolah.

  8. Pelaksanaan ujian dan penyemakan kertas jawapan oleh sekolah

  9. Maklumat analisa dihantar ke Sektor Pengurusan Akademik PPD Kulai (Selewat-lewatnya 1 minggu selepas ujian) oleh Guru Besar/Pengetua.

  10. PPD Kulai mengeluarkan ‘ranking’ sekolah peringkat daerah.

  11. Penilaian analisa ujian.

  12. Tindakan pembetulan / pengukuhkan oleh Daerah atau sekolah.

  1. Strategi Perlaksanaan 2001/2002

  1. Mesyuarat post mortem program TOP 2000/2001

  2. Analisa kajiselidik pelaksanaan program TOP 2000/2001

  3. Tindakan Pemurnian pelaksanaan program TOP 2000/2001 oleh panitia daerah.

  1. Kawalan dan penilaian :

  1. Pengerusi panitia subjek daerah sebagai ketua urusetia program mengikut subjek masing-masing

  2.  Semua Guru Besar/GPK adalah bertanggungjawab memastikan pelaksanaaan program berjalan lancar iaitu :

  1. Mendapatkaan sumber kewangan dan menyediakan 4 disket subjek.

  2. Mendapatkan disket soalan dan skima

  3. Menyimpan disket

  4. Mencetak kertas soalan

  5. Pelaksanaan Ujian

  6. Memastikan penyemakan mengikut tempoh

  7. Menghantar maklumat keputusan ke PPD Kulai

  8. Mengambil tindakikut pemulihan di mana perlu

  1. 10% lebih tinggi daripada keputusan UPSR Tahun 1999 daerah Kulai sebagai skala pencapaian keberkesanan program ini.

  2. 10% lebih tinggi daripada keputusan PMR 1999 daerah sebagai skala pencapaian keberkesanan program ini.

  1. Kawalan Kewangan:

  1. Guru Besar/Pengetua bertanggungjawab mengawal perbelanjaan kewangan yang diterima dari ibu bapa dan PIBG.

  2. Segala perbelanjaan yang dikeluarkan hendaklah disokong dengan dokumen sokongan yang disediakan oleh pihak sekolah.

  1. Makluman/Perhatian:

  1. Kesemua panitia daerah perlu menyusun sukatan pelajaran yang setara bagi semua sekolah mengikut susunan ‘standard’ dan digunapakai oleh semua guru.

  2. Ini bertujuan untuk meningkatkan ‘Validity’ dan ‘Reliability’ item dan keputusan ‘ranking’ yang disediakan.

  3. Kegagalan dalam menyetarakan topik/sukatan mata pelajaran akan menggagalkan program ini.

 

Ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 


JAWATANKUASA INDUK

SENARAI JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM TOP 2000

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

 Penaung

 

Tn. Hj. Sulaiman bin Husin

Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

 

Pengerusi

 

En. Aminuddin Md Sani

Pen. Pegawai Pendidikan Daerah

Sektor Pengurusan Akademik

 

Naib Pengerusi 1

 

En. Jasni bin Hj. Omar

Pen. Pegawai Pendidikan Daerah

Sektor Pengurusan Sekolah

 

 

 

Naib  Pengerusi 2

 

Tn. Hj. Shahrom bin Sukari

Pen. Pegawai Pendidikan Daerah

Sektor Khidmat Sokongan dan Pembangunan Kemanusiaan

 

Setiausaha Sekolah Menengah

Setiausaha Sekolah Rendah

En. Zulkifli bin Sulong

Pegawai Khas Sains & Matematik

En. Hamid bin Kadir

Penyelia Pendidikan (SPA)

 

 Bendahari

Pn. Azizah bt Hj. Atan

Pembantu Tadbir N9

Sektor Pengurusan Akademik

 

 

Ahli Jawatankuasa

 

 Sekolah Menengah

Pengerusi Bahasa Melayu

Pengerusi Matematik

Pengerusi Sains

Pengerusi Bahasa Inggeris

 

 SK

Pengerusi BM

Pengerusi BI

Pengerusi Sains

Pengerusi Math

 

SJK(C)

Pengerusi BM

Pengerusi BI

Pengerusi Sains

SJK(T)

Pengerusi BM

Pengerusi BI

Pengerusi Sains

Pengerusi Math

 

Ke atas