SENARAI TUGAS

BAHAGIAN KURIKULUM | BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIKAL UNIT PENDIDIKAN ISLAM |

PENILAIAN DAN PEPERIKSAANPUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

 

 


 

 

BAHAGIAN KURIKULUM

  1. Menyelia dan membimbing sekolah dari segi pelaksanaan kurikulum Pra Sekolah Rendah dan Sekolah       Menengah dalam semua mata pelajaran.

  2. Menjalankan Program pendedahan dan peningkatan pelaksanaan Kurikulum Pra Sekolah KBSR dan KBSM

  3. Menyelia dan mengawas perlaksanaan Pra Sekolah, KBSR dan KBSM di sekolah-sekolah swasta

  4. Bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap laporan nazir berkaitan dengan sekolah di daerah Kulai. 

  5. Menyelia dan mengedar bahan-bahan/alatan mengajar dari Kementerian dan Jabatan ke sekolah-sekolah.  

  6. Merancang, mengorganisasi dan melaksanakan penyeliaahn sekolah-sekolah dalam hal pelaksanaan KBSM dan KBSR.  

  7. Meneliti dan menilai pelaksanaan Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM dan membuat tindakan.  

  8. Menyediakan laporan kegiatan dan pelaksanaan KBSR dan KBSM.  

  9. Merancang, melaksana, menilai dan mengambil tindakan bagi kursus Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru.  

  10. Menyampai maklumat dan mengurus permohonan kursus-kursus untuk guru-guru anjuran Kementerian dan Jabatan.  

  11. Menyelia perjalanan panitia mata pelajaran daerah dan sekolah

  12. Menggerak segala program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah di rancang di peringkat daerah.  

  13. Lain-lain tugas yang berkaitan / yang diarah dari semasa ke semasa.

 

Ke atas

 

 

 

 

 

 


   SENARAI TUGAS BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

  1. Mengurus Pelaksanaan Kurikulum Subjek Pendidikan Teknikal di Sekolah Rendah dan Menengah.  

  2. Memberi khidmat nasihat kepada sekolah untuk menawar dan memulakan Kelas Efektif Pendidikan Teknologi Maklumat dan Pendidikan Teknologi Maklumat dan Pendidikan Teknikal.  

  3. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru-guru dalam usaha merancang dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Teknikal.  

  4. Menyelia dan memantau pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal.  

  5. Menyelia pengurusan sektor bagi mata pelajaran teknikal.  

  6. Mengumpul data berkaitan dengan prestasi mata pelajaran teknikal.  

  7. Mengumpul maklumat guru-guru mata pelajaran teknikal.  

  8. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman bagi guru-guru teknikal di peringkat daerah.  

  9. Membantu dan melaksanakan kursus dalam perkhidmatan mata pelajaran teknikal yang dianjurkan oleh kementerian atau Jabatan untuk peringkat sekolah.  

  10. Membantu mengedar maklumat teknikal dari Jabatan atau Kementerian berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Teknikal kepada sekolah-sekolah di daerah Kulai.  

  11. Menyelia laporan-laporan yang diperlukan dari semasa ke semasa berkaitan dengan pendidikan teknikal di daerah Kulai.  

 

         Ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 


SENARAI TUGAS UNIT PENDIDIKAN ISLAM  

  1. Menyelia dan membimbing sekolah dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam.

  1. Menjalankan Program Pendedahan dan Peningkatan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam di peringkat daerah. 

  1. Menilai Ujian/Pemarkahan Untuk ke Sekolah Menengah Agama dan ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Agama  

  2. Menyelia Program-program Kokurikulum Akademik Pendidikan Islam di peringkat sekolah dan daerah.  

  1. Menilai Ujian/Pemarkahan Untuk ke Sekolah Menengah Agama dan ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Agama  

  1. Menyelia, menilai dan memantau aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah  

  1. Penyeliaan Program Pembangunan Surau dan Budaya Al-Quran.  

      

 Ke atas

 

 

 

 

 

 


 

SENARAI TUGAS BAHAGIAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

  1. Mengurus, mentadbir, mengelola serta membuat analisis dan keputusan peperiksaan Awam di peringkat daerah:  

          1.1.          Peperiksaan dalam negeri.  

  1. Sijil Tinggi Persekolahan  

  2. Sijil Pelajaran Malaysia  

  3. Sijil Perdagangan Malaysia  

  4. Penilaian Menengah Rendah  

  5. Ujian Penilaian Sekolah Rendah  

  6. Bahasa Melayu (Julai) 

  7. Mateamtik (Julai

  8. Universiti Sains Malaysia  

  9. MUET  

  10. Peperiksaan Kelayakan Tingkatan 6

  11. Peperiksan Matrikulasi

            1.2.          Peperiksaan Setara Daerah.  

  1. Setara percubaan 1/2 Tahun UPSR  

  2. Setara PMR  

  3. Setara SPM  

  1. Bidang Tugas

           2.1.          Mengurus dan mengelola

  1.  Pendaftaran calon  

  2. Perlantikan Pengawas dan ketua pengawas  

  3. Peruntukan bilik peperiksaan  

  4. Perjalanan peperiksaan

  5. Pengurusan bilik kebal  

  6. Gerakan Payung.  

            2.2.          Analisis dan Penilaian  

  1. Membuat analisis mengikut sekolah

  2. Membuat analisis peringkat daerah

  3. Membuat penilaian keputusan peperiksaan mengikut sekolah dan daerah.

  4.  Mengedarkan analisis dan penilaian ke sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri  

2.3.         Tindakan Pemulihan selepas ‘post mortem’ peringkat sekolah dan daerah.

   

Ke atas

 

 

 

 

 

 

 


SENARAI TUGAS PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

  1. Memberi khidmat nasihat dalam:  

  1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan  

  2. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

  3. Penyediaan dan pengurusan alat bantu mengajar.  

  1. Memberi bantuan dan sokongan kepada perancangan dan aktiviti Sektor Pengurusan Akademik PPD Kulai dan Jawatankuasa Panitia Daerah.  

  2. Merancang, mengorganisasi dan mengurus kursus-kursus, bengkel-bengkel untuk             guru-guru di daerah Kulai.  

  3. Menyelaras dan melaksana kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.  

  4. Menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan dengan pendidikan dari Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri.  

  5. Menyebar bahan dan sumber pengajaran dari Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri.  

  6. Menyediakan kemudahan dan menghasilkan pelbagai bahan yang sesuai dengan keperluan daerah.

  7. Menyedia dan menguruskan bahan rujukan guru.

  8. Merancang, mengorganisasi dan melaksana aktiviti-aktiviti pertandingan yang berkaitan dengan Pusat sumber.  

  9. Menyediakan maklumat Guru Sumber, Kakitangan sumber, Guru Pakar dan guru-guru yang mempunyai kemahiran tertentu.

  10. Menyediakan laporan-laporan aktiviti-aktiviti PKG prestasi kewangan tahun    semasa.  

Ke atas