Piagam
Pelanggan
Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai
Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Memastikan sistem pendidikan
berjalan dengan baik di daerah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat
dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
Menyediakan staf yang mencukupi
serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Memastikan semua kanak-kanak dan
pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru
bermula.
Menentukan setiap guru dan
kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
Memastikan kami sentiasa peka dan
responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan - Murid, Guru, Masyarakat
(Ibu bapa) dan Negara/Kerajaan.
Memberi layanan mesra,
perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan
dengan kami.
Menentukan segala surat aduan dan
rayuan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kulai diberi jawapan dalam masa dua
minggu dari tarikh surat diterima.
Bersedia memberi penerangan dan
maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
Sentiasa bersedia dan sanggup
menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak
demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.