SELAYANG PANDANG

latarbelakang | objektif | fungsi | konsep 

LATAR BELAKANG

    Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan risional penubuhan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 

   Pada tahun 1986 nama PMD telah diubahkepada Pusat Sumber Pendidikan (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen)

   Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelakkan kekeliruan pada istilah "Daerah", memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan  Awan sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

   Berasaskan pekeliling KP(PP) 0050/ 126/ 1 Jld 7(23) bertarikh 30/10/1995 mulai 1.1.1996, PKG  telah diletakkan sepenuhnya di bawah  Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

kembali semula

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen

  2. Mengumpul dan menyebar maklumat profesioal pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah

  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan  Pusat Sumber Sekolah (PSS).

  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.

  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.

  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

kembali semula

 

 

 

 

FUNGSI

  1. membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen

  2. sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaranyang dibina secara kreatif dan inovatif.

  3. pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

  4. mewujudkan situasi pengkonsian bagi menigkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran dikalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen.

  5. memupuk budaya pemuafakatan dikalangan guru-guru setempat melalui semangat berpasukan.

  6. membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

  7. membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi malumat.

  8. sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah-sekolah kelompok dan masyarakat setempat.

 

kembali semula

 

 

 

 

KONSEP

 

    PKG adalah pemankin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi menigkatka pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan negara.

   PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

 

 

kembali semula