Hal Ehwal Murid | Pencegahan dadah | Ko-Kurikulum | Unit Kaunseling
Skim Pinjaman Buku Teks | Kesihatan Sekolah
HAL EHWAL MURID disiplin|bimbingan dan kaunseling]
1. Disiplin
Bekerjasama dengan unit disiplin Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan jabatan Pendidikan Negeri dalam menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan disiplin dan iklim sekolah
Mengumpul dan merekodkan kes-kes pelanggaran disiplin yang di hantar oleh semua sekolah dan seterusnya membuat tindakan susulan mengenai perkara tersebut
Memastikan semua sekolah dan asrama ada menyimpan dan mengemaskini peraturan. Peraturan ini perlu dihayati dan dipraktikkan oleh guru-guru dan murid-murid
Memastikan semua sekolah ada menyimpan dan menggunakan buku Panduan Tatacara Disiplin
Memastikan semua sekolah ada menyimpan dan menggunakan buku REkod Disiplin
Bekerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis dan agensi yang berkaitan dengan ponteng sekolah dan masalah disiplin yang lain
Memastikan sekolah-sekolah melaksanakan projek-projek mengatasi masalah disiplin
Melaksanakan kursus kepimpinan pengawas, pemimpin pelajar peringkat daerah
Membuat kajiselidik berkaitan dengan perlanggaran disiplin dikalangan murid dengan pendekatan disiplin
Mengelolakan forum, seminar, kursus dan ceramah kepada murid-murid, guru-guru, Pengetua, guru Penolong Kanan dan pihak-pihak yang berkenaan.
2. Bimbingan Dan Kaunseling
Menjalankan penyeliaan ke sekolah-sekolah
memilih calon-calon untuk kursus Kepimpinan Tingkatan Enam Rendah, Kursus Bimbingan dan kaunseling, Kursus-kursus kepimpinan, perkhemahan dan integrasi
Mengedarkan bahan maklumat mengenai kerjaya, pengajian tinggi dan sebagainya
membantu guru-guru Bimbingan Kaunseling di dalam meningkatkan dan mengukuhkan profesionalisme mereka
Bekerjasama dengan Bahagian Sekolah-sekolah dan agensi-agensi lain di dalam apa jua program dan aktiviti berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar dan guru-guru
Membuat laporan bimbingan dan kaunseling setengah tahun dan tahunan untuk PPD dan JPNJ dan Kementerian
Memperkembangkan konsep bimbingan dan kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya, Program kasih dan Mesra dan lain-lain aktiviti yang berkaitan di sekolah rendah dan menengah
Mewujudkan budaya dan iklim kaunseling di sekolah-sekolah khasnya di sekolah menengah agar berfungsi dan berkesan
Menganjurkan lawatan sambil belajar di dalam dan di luar negeri untuk murid-murid, guru-guru dan ahli-ahli
UNIT KHAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Merancang serta menyelaraskan kegiatan Unit Anti Dadah bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan unit
Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program dan kegiatan yang bertujuan untuk mencegah pelajar-pelajar terjerumus denga dadah.
Menjadi pakar rujuk terhadap apa jua masalah berhubung dengan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah
Menjadi penasihat dan pembimbing kepada sekolah dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan penggunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar
Membantu dan menyelia, menerbit dan mengedar buku, risalah, poster, bahan-bahan cetak dan sebagainya mengenai pencegahan dadah
Memastikan sekolah mengadakan program-program / kegiatan pencegahan dadah serta menasihat pihak sekolah tentang langkah-langkah yang perlu diambil bila ada kejadian mengedar dadah di sekolah
Mengumpul dan menyusun bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar.
Mengadakan bengkel, seminar, kursus dalam perkhidmatan dari masa ke semasa
Menjalankan khidmat kaunseling berkaitan penyalahgunaan dadah
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan dadah dan merancang usaha-usaha mengatasi masalah yang timbul akibat dari penyalahgunaan dadah
Menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah dan laporan-laporan lain yang diperlukan dari masa ke semasa
Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan
KO-KURIKULUM pjk| sukan| badan uniform
terkini keputusan MSSJ 2001
1. Penyelia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sukan
Menyelia kegatan pendidikan Jasmani & Kesihatan sukan di sekolah-sekolah rendah dan menengah
Membantu menyelia kegiatan sukan anjuran MSSD/MSSJ/MSSM/PSKPPD/PSKPPJ/MSKPPM
Membantu menyediakan laporan penyeliaan dan tahunan MSSD/MSSJ/PSKPPD/PSKPPJ untuk mesyuarat agong.
Menerima dan menyelaraskan laporan dari pihak-pihak tertentu yang menjalankan tugas berkaitan dengan MSSJ/PSKPPJ
Menyelaras,mengelolakan permainan yang dianjurkan oleh MSSD/MSSJ/MSSM/PSKPPD/PSKPPJ
Melawat ke sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Sukan sekolah
Membuat
lawatan atas arahan dan permintaan
2. Mengurus kegiatan sukan anjuran MSSD/MSSM/PSKPPD/PSKPPJ/MSKPPM
Membantu, merancang program permainan tahunan MSSD/MSSJ/MSSM
Membantu mengkoordinasikan kegiatan-kegiatan sukan dari peringkat daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan
Mengembangkan dan menganjurkan sukan dalam negeri, mengelolakan kursus kejurulatihan, pengadilan dan pentadbiran. mengelola latihan pusat bagi pasukan-pasukan yang mewakili negeri
mengadakan mesyuarat-mesyuarat di peringkan negeri dan menyelenggarakan rekod-rekod yang betul mengenai peraturan dan undang-undang permainaan kepada sekolah-sekolah
Membantu dalam urusan persiapan sukan yang akan mewakili MSSD/PSKPPD ke pertandingan peringkat MSSJ/PSKPPJ
Menyediakan dan mengedarkan sijil-sijil dan surat penghargaan
Mwngadakan perhubungan dengan badan-badan sukan yang lain, mengadakan pertandingan dengan lain-lain agensi kerajaan
Membantu menyelaras dan menentukan kelicinan perjalanan Kem-kem Bakat dan latihan pusat untuk murid-murid dan kursusu-kursus untuk guru-guru
3. Pasukan Badan Beruniform
Menyelia semua kegiatan pasukan beruniform di sekolah menengah dan rendah
menyediakan laporan bagi kegiatan beruniform di sekolah menengah dan rendah
Menyediakan laporan lawatan
Melawat sekolah-sekolah dan memberi nasihat/ pandangan atas perkara-perkara yang ada hubungan dengan pasukan beruniform
Menyelaras dan mengawasi perjalanan dan kegiatan bedan beruniform
menyusun dan mengatur program latihan untuk pegawai-pegawai dan guru-guru penasihat
Menyelaras kursus-kursus
mendapat serta mengumpul data-data, maklumat dan laporan
Bertanggungjawab mengendalikan surat menyurat, memberi nasihat dan pandangan
UNIT KAUNSELING (GURU-GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN)
Mendapatkan maklumat dan laporan tentang guru-guru dan kakitangan sokongan yang menghadapi masalah mental, sakit kronik dan masalah perkhidmatan
Membuat kajian ke atas guru-guru dan kakitangan sekolah yang bermasalah
Mendapatkan perkembangan terkini tentang kemampuan guru-guru yang menghadapi masalah dan membuat tindakikut mengikut kesesuaian
Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada guru dan kakitangan sokongan yang menghadapi masalah seperti ingkar perintah, meneyeleweng dan kurang daya usaha
menyediakan laporan perkembangan kes guru atau kakitangan sokongan yang bermasalah
Membuat kursus motivasi untuk guru-guru dan kakitangan sokongan
Mengadakan penyiasatan dan membuat tindakikut aduan-aduan yang melibatkan guru
Urusetia projek anak angkat tentera dan polis
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Menyelaras sistem pengurusan dan pentadbiran Skim Pinjaman Buku Teks di peringkat daerah
menyelaras strategi mendapatkan maklumat dan data pesanan/ permohonan buku teks SPBT dari sekolah-sekolah menengah dan rendah
Merancang jadual/takwim segala aktiviti rutin dan developmental berkaitan dengan SPBT
menyelaras proses pengagihan buku-buku teks sebagai bekalan tambahan ke sekolah-sekolah yang memerlukan
Koordinasi dengan guru-guru SPBT peringkat sekolah terhadap sebarang perkembangan sistem SPBT semasa
Membimbing guru-guru ke arah kecekapan pengurusan SPBT di peringkat sekolah
menyampaikan maklumat penting/ pekeliling-pekeliling berkaitan dengan SPBT ke sekolah-sekolah
Merumus data-data enrolmen murid yang layak mendapat pinjaman SPBT
Membantu membuat anggaan peruntukan tahun-tahun ke hadapan bagi bekalan buku teks SPBT peringkat daerah
Membuat laporan perkembangan bekalan buku-buku teks SPBT dari masa ke semasa
Merumus segala data-data yang diperolehi dari sekolah bagi kepentingan proses pesanan, pengagihan, pelupusan buku-buku teks SPBT
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
1. Program Susu Sekolah
Merancang dan menyelaras Program Susu Sekolah
menyelia dan menilai Program Susu Sekolah
2. Rancangan makanan tambahan termasuk program PPRT
Menyelaras , menyelia dan menilai rancangan makanan tambahan termasuk program PPRT
KEPUTUSAN RASMI MSSJ KE-34 TAHUN 2001
Ked | DAERAH | PERINGKAT UMUR | JUM
MATA |
PINGAT | |||||||||||||||
P10 | P12 | P13 | P15 | P18 | JUM | L10 | L12 | L13 | L15 | L18 | JUM | E | P | G | KE4 | ||||
1 | Johor Bahru | JB | 7 | 14.3 | 14 | 57 | 36 | 128.3 | 21 | 13 | 23 | 38 | 71 | 166 | 294.3 | 26 | 25 | 28 | 21 |
2 | Batu Pahat | BP | 13 | 37 | 16 | 26 | 67 | 159 | 2 | 7 | 2 | 31 | 42 | 84 | 243 | 23 | 19 | 25 | 17 |
3 | Kluang | KG | 3 | 4 | 24 | 29 | 59 | 119 | 9 | 8 | 30 | 35 | 19 | 101 | 220 | 23 | 19 | 12 | 23 |
4 | Kulai | KU | 25 | 19 | 24 | 5 | 15 | 88 | 28 | 19 | 19 | 15 | 24 | 105 | 193 | 19 | 16 | 16 | 12 |
5 | Kota Tinggi | KT | 13 | 13.3 | 12 | 7 | 0 | 45.3 | 6 | 32 | 22 | 8 | 18.5 | 86.5 | 131.8 | 11 | 12 | 7 | 11 |
6 | Segamat | SG | 0 | 3 | 11 | 17 | 10 | 41 | 0 | 2 | 8 | 27 | 12.5 | 49.5 | 90.5 | 6 | 10 | 6 | 12 |
7 | Muar | MR | 3 | 8 | 8 | 16 | 16 | 51 | 0 | 4 | 14 | 6 | 15 | 39 | 90 | 7 | 11 | 6 | 10 |
8 | Pontian | PN | 0 | 0 | 19 | 8 | 3 | 30 | 0 | 1 | 12 | 24 | 8 | 45 | 75 | 4 | 9 | 9 | 10 |
9 | Pengerang | PG | 0 | 0.3 | 0 | 5 | 7 | 12.3 | 0 | 5 | 0 | 1 | 7 | 13 | 25.3 | 2 | 1 | 4 | 2 |
10 | Mersing | MG | 2 | 0 | 2 | 5 | 0 | 9 | 0 | 8 | 0 | 0 | 0 | 8 | 17 | 1 | 2 | 3 | 0 |
11 | Tangkak | TK | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 2 | 2 | 7 | 11 | 13 | 1 | 0 | 3 | 2 |