FUNGSI SEKTOR
Merancang, menyelia dan membimbing pelaksanaan program-program kokurikulum dan sukan
Merancang dan mengurus program-program khas untuk peningkatan potensi pelajar di peringkat daerah dengan mengadakan kursus motivasi
Merancang, melaksana, menyelaras dan bekerjasama dengan badan luar yang berkaitan dengan program pencegahan dadah dan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah
Menyelia aktiviti khidmat kaunseling sekolah
Merancang dan mengurus kegiatan keagamaan dalam konteks pembinaan insan.
Mengesan aktiviti keagamaan agar murid, guru dan kakitangan sekolah tidak terlibat dalam ajaran sesat dengan mengadakan ceramah dakwah
Memberi khidmat nasihat terhadap kes-kes guru-guru
Menyelia, menilai dan menyediakan laporan projek-projek pendidikan
Menentukan penyelarasan pembangunan fizikal dan penyelenggaraan sebagaimana yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
Mengurus dan menyelaras pembekalan perabot dan alatan untuk sekolah dan daerah
Mengumpul dan menganalisa data kemudahan sekolah, enrolmen murid dan bilangan guru untuk keperluan pihak yang berkaitan
Mengumpul, memproses dan mengeluarkan data-data rekod bagi semua staf dalam perkhidmatan di peringkat daerah
Menentukan peningkatan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan dan sokongan di peringkat daerah
Menyediakan anggaran belanjawan pendidikan di peringkat daerah